Berdoa ;)

Berdoa itu adalah ibadah. Juga sumber iman dan pergantungan kita pada Allah. Orang2x yang tidak mahu berdoa pada Allah sebenarnya sombong dengan Allah. Bukankah terlalu banyak hajat, keinginan dan harapan kita yang hanya mungkin tercapai dengan pertolongan Allah? 

Kalau begitu berdoalah. Adukan semua masalah pada Allah dan gantungkan harapan penuh pada-Nya. Berdoalah ditempat-tempat dan di waktu-waktu yang " kabul doa" dengan hati yang penuh khusyuk dan menghara
p dan yakin serta sabar, insha'Allah akan menjadikan ia sumber ketenangan dan kebahagiaan.

Sebab sudah fitrah manusia apabila ia dalam kesusahan ia akan mengalami ketegangan fikiran dan perasaan. Satu-satunya cara mengubat penyakit ini ialah dengan mengadu, mengharap dan menyandarkan diri pada suatu kuasa yang boleh menolongnya menyelesaikan masalah itu.

Kerana itu, islam mengajar doa, sebab hanya Allah lah kuasa mutlak yang layak dan mampu berbuat begitu. Faedahnya doa ialah jiwa yang lemah akan jadi kuat, hati yng susah jdi senang dan perasaan yang gelisah jadi tenang..

" ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu hati akan tenang." [Ar Raad:28].

" berkta Tuhanmu: Mintalah kapadaku, niscaya aku perkenakan permintaanmu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong terhadap menyembahku, nanti mereka akan masuk kedalam neraka serta terhina." [Al gafir:60].

Comments

Popular posts from this blog

Kahwin Muda : Jangan Ingat Mudah!

tok....rindu tok...sayang tok..