Sempurna
Setiap daripada kita berimpikan kehidupan yang sempurna.
Sempurna dalam segala aspek.
Hakikatnya, mana mungkin setiap perkara itu sempurna tanpa cacat dan cela.
Siapa kita untuk menyempurnakan segalanya melainkan Pencipta kita Yang Maha Berkuasa.
Manusia hidupnya penuh dengan angan-angan.
Kadang-kala angannya itu tinggi melangit hingga susah nak gapai,
Tetapi kadang-kala angannya itu menjadi kenyataan.
Segalanya itu disusuli dengan usaha dan bukannya duduk bersahaja.
Wahai manusia yang bernama insan,
Azamkan dalam diri,
Niatkan dalam hati,
Tetapkan pendirian dalam diri kita ini,
Bahawa setiap angan itu kemungkinan menjadi kenyataan,
Dan juga akan bertukar menjadi sebaliknya,
Semua yang terjadi itu adalah pilihan daripada kita yang diizinkan Allah untuk ia berlaku.
Faiza 'azamta fatawakkal 'alallah.
InsyaAllah, semoga kita menjadi insan yang sentiasa inginkan penghijrahan yang baik dalam kehidupan.
...insan_hijrah...
(13 Rejab 1438H)

Comments
Post a Comment