Posts

Showing posts from September, 2012

Bercinta sampai ke SYURGA .. ♥

Image
suami : Assalamualaikum bidadariku~setiap hari selepas baca alQuran,sayang mesti bagi laporan berapa juz da habis.. Kenapa semalam tak bagi mesej laporan? isteri : Walaikumsalam... Orang merajuk... :( ...... suami : Laa... Kenapa ni?? isteri : Semalam abang ponteng tahajjud!! Sayang call kejut abang tak jawab.. :'( suami : Astagfirullahal'azim.. Abang penat + malas semalam... isteri : Tapi dulu abang da janji nak masuk syurga sama2.. suami : hmm.. Betullah tu.. Abang mintak maaf.. :'( isteri : Kalau abang ponteng amal, sayang akan lebih amal.. Bila sayang lebih amal, sayang takut syurga sayang lagi tinggi, abang duduk syurga rendah.. Macam mana kita nak jumpa? Sayang tak mahu berpisah dengan abang.. Abang yang janji nak bercinta sampai ke syurga kan? suami : (mengalir air mata).. Semoga ALLAH ampunkan abang... Malam ni abg tak malas2 lagi..

kalau dah jodoh...

Image
Hati berdetak kencang setiap kali bertemu pandang dengan jejaka pujaan hatinya. Safa segera menundukkan pandangannya. Bimbang akan panahan yang bakal berlaku kepada Safa andai dia terus memandang jejaka itu. Sungguh telah lama dipendamkan rasa hati terhadap jejaka itu namun untuk meluahkan Safa tidak berani. Perasaan malu mencengkam dirinya. Patutkah diluahkan? Ahh ...malu sekali untuk mengakui rasa yang bertamu di hati. Berkali-kali Safa nafikan, namun ia tetap menganggui Safa. Astaghfirullah hal azim... Ya Allah, jauhkanlah gangguan perasaan ini daripada hatiku. Nasihat ibu untuk sentiasa menjaga akhlak sebagai muslimah sentiasa bermain di minda Safa. Saban hari Safa meluahkan rasa hatinya kepada Allah SWT. Safa berasa lega meluahkan segalanya kepada Si Pencipta. Satu perkara yang Safa amat pasti. Hatinya tenang sekali setiap kali usai bersolat. Hatinya juga berasa sangat lapang. Kadang-kala mengalir air mata Safa. Dirinya dulu amat jauh daripada Allah. Tidak pernah sekali pu...

Erti Ujian Allah

Image
Aku cuma seorang gadis biasa. Perwatakan, pemakaian aku, belum cukup sempurna sebagai seorang muslimah sejati. Tapi Allah itu Maha Penyayang, tidak dibiarkan seorang yang seperti aku untuk terus hanyut dan lalai melupakanNya. Aku bukanlah tidak solat, cuma terkadang lalai. Aku bukan tidak puasa, cuma mulut masih rancak mengumpat. Aku beragama Islam tapi aku sedar, Islam ku belum cukup sempurna seadanya. Aku pernah punya kekasih hati. Seorang yang baik, yang banyak mengubah aku. Seorang yang aku selalu bayangkan bakal menjadi imam setiap solatku. Tapi kasih terhenti atas sebab yang tidak diingini. Aku rasa rebah seketika. Aku tiada tempat mengadu kerana aku tinggal sendirian. Selera makanku putus. Mengukir senyuman terasa mustahil. Aku habiskan masa depan komputer riba usangku. Mencari doa terbaik untuk menenangkan jiwa. Suatu hari, aku terjumpa Al-Insyirah. Bait-bait dalam Al-Insyirah cukup menekan kalbuku. Aku terpesona. Aku teliti dan hayati maksud ayat surah itu. Lalu ku b...

Hanya Cinta Pertama

Image
Yang mana satu pilihan anda, antara buah yang sedia jatuh berguguran ke tanah atau yang masih berada di atas pokok? Tentunya ramai yang akan lebih memilih yang di atas berbanding yang di bawah. Demikian lah juga dengan saya. Akan memilih yang di atas dari yang di bawah. Kerana apa? Kerana biasanya buah yang jatuh berguguran itu telah rosak dan ada yang telah ditebuk binatang sebagai contoh dimakan oleh seekor atau lebih seekor dari serangga. Mungkin juga di makan oleh tupai atau monyet liar. Tetapi tidak buah yang di atas, belum disentuh dan menjadi idaman hampir setiap orang yang memandang.  Begitulah boleh diumpamakan dengan nilai diri kita dalam memulakan episod cinta pertama. Rasa cinta pasti hadir bila tiba saatnya. Tanpa dijemput atau dipinta. Ia pasti hadir membuai rasa di hati kita. Keinginan untuk mencintai dan dicintai tidak perlu dipelajari. Itu fitrah. Tetapi jangan kita lupa, fitrah juga perlukan hidayah. Hidayahlah yang akan menunjuk arah sebenar perjalanan s...

Hijrahlah bersama hati, bukan NIQOB cuma...

Image
Sedih hati ini tatkala melihat seorang gadis berniqab meng- upload  sekeping foto dengan aksi yang kurang 'cantik' untuk tatapan mata lelaki bukan mahram di  Facebook , satu laman sosial yang cukup terkenal. Pedih kembali apabila mengingatkan diri ini yang hanya bisa menatap matanya yang galak dan bundar kerana wajahnya ditutupi itu juga tidak mempunyai jalinan 'friend' dengannya, apatah lagi yang lain. Terutamanya kaum Adam yang mungkin tidak semua menguatkan hati agar menundukkan pandangan daripada terus menatap mata cantik itu. Namun diri ini tetap tidak bisa menghitung niatnya. Mungkin dia masih muda. Harus ditunjuk mana jalan yang mesti diambil. Harusnya kita yang melihat mesti menegur. Bukan silap dia terus begitu. Silap kita yang tidak berpesan. Hanya mudah dengan terus 'berbunyi' di belakang. Tolong, yang melihat jangan begitu cepat menghukum. Fahami mereka. Selami hati mereka. Dan tunjuki apa yang benar. Dengan penuh kasih terhadap saudara seakidah....

Berdoa ;)

Image
Berdoa itu adalah ibadah. Juga sumber iman dan pergantungan kita pada Allah. Orang2x yang tidak mahu berdoa pada Allah sebenarnya sombong dengan Allah. Bukankah terlalu banyak hajat, keinginan dan harapan kita yang hanya mungkin tercapai dengan pertolongan Allah?  Kalau begitu berdoalah. Adukan semua masalah pada Allah dan gantungkan harapan penuh pada-Nya. Berdoalah ditempat-tempat dan di waktu-waktu yang " kabul doa" dengan hati yang penuh khusyuk dan menghara p dan yakin serta sabar, insha'Allah akan menjadikan ia sumber ketenangan dan kebahagiaan. Sebab sudah fitrah manusia apabila ia dalam kesusahan ia akan mengalami ketegangan fikiran dan perasaan. Satu-satunya cara mengubat penyakit ini ialah dengan mengadu, mengharap dan menyandarkan diri pada suatu kuasa yang boleh menolongnya menyelesaikan masalah itu. Kerana itu, islam mengajar doa, sebab hanya Allah lah kuasa mutlak yang layak dan mampu berbuat begitu. Faedahnya doa ialah jiwa yang lemah akan jadi ...

Hal-Hal Yang Membatalkan keisLaman. . .

Image
Di antara sekian banyak hal yang dapat membatalkan keislaman seseorang, Syaikh Al Imam Muhammad bin Abdul Wahab, serta beberapa ulama lainnya, menyebetkan 10 hal yng paling banyak dilakukan oleh banyak umat Islam. Dengan mengharap keselamatan dan kesejahteraan dari-Nya, kmi paparkan dengan ringkas sbagai berikut: 1. Mengadakan persekutuan dalam beribadah kepada Allah.  " Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuat u) dengan Dia, dan Dia mengampuni dosa yang lain dari Syirik itu bagi siapa yang dikehandaki-Nya. [An Nisaa': 116]. " Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya surga, dn tempatnya ialah Neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang pertolongpun. [Al Maidah: 72]. Termasuk dalam hal ini, permohonan pertolongan dan permohonan doa kpada orang mati serta bernazar dan menyembelih qurban untuk mereka. 2. Menjadikan sesuatu atau seseorang sebagai perantara doa...