Posts

Showing posts from January, 2013

BACA INI ::

Aku mempunyai pasangan hidup... Saat senang aku cari pasanganku Saat sedih aku cari ibu Saat sukses aku ceritakan pada pasanganku Saat gagal aku ceritakan pada ibu Saat bahagia aku peluk erat pasanganku. Saat sedih aku peluk erat ibu. Saat sambut birthday pasangan aku berikan hadiah istimewa dan buat surprise Saat sambut hari ibu aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu". Selalu aku ingat pasanganku. Selalu ibu yg ingat aku. Setiap saat aku akan call pasanganku Kalau ingat aku akan call ibu Selalu aku belikan hadiah untuk pasangan sanganku. ? Entah bile aku akan belikan hadiah untuk ibu Renungkan: "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja bolehkah kau kirim wang untuk ibu? Ibu tdk mnta banyak... lima puluh sebulan pun cukuplah". Berderai air mata jika kita mendengarnya Tapi kalau ibu sudah tiada ibu aku RINDU,aKU RIIINDDUU, SANGAT RINDU. Berapa bnyk yang sanggup menyuapkan ibunya makan berapa bnyk yang sanggup melap muntah ibunya berapa bnyk yang sa...

Luahan Hati Seorang ADAM

Image
                              ✿Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Untukmu Wahai Mutiara Kehormatan Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ✿ :Jika kamu memilih untuk menghijabkan wajah mu dengan purdahmu, :bersedialah untuk menjadi Sang Ghuraba', :bersedialah untuk menerima pelbagai Tohmahan, ... :bersedialah untuk dituduh sebagai Wanita ketinggalan zaman, :Bersabar dan bertaqwalah, :sesungguhnya cacian mereka tidak menjejaskan hijab di wajah yang kamu pilih, :Janji Allah itu benar j ika kamu tolong agama-Nya, :Kelak Dia akan menjadikan kamu orang yang beruntung ! Hidup sebagai ghuraba’ bukanlah mudah, namun kadang-kala kita terpaksa mengharunginya. Ini menambahkan tawakkal, keikhlasan, kekhusyukan dan segala jalan yang mendampingkan kepada Allah. Ketika dunia enggan berdampingan, tiada teman melainkan Tuhan al-Rahman dan rakan-rakan yang menjalani kehidupan sebagai ghuraba’. Di situlah limpahan kemanisan perjuangan. Wallahualam...

"Dialog Imam Syafie ra dan isterinya''

"Suamiku, apakah engkau mencintaiku ?,"isterinya bertanya.. "Ya tentu saja,dirimu sebahagian dalam hidupku."jawab Imam Syafie ra.. Mendengar itu isterinya bertanya,"Apakah engkau juga mencintai ALLAH ?, Bagaimana mungkin dua cinta menyatu dalam hati seorang mukmin,Cinta kepada ALLAH dan juga mencintaiku ?, " Imam Syafie ra tersenyum dan mengatakan kepada isterinya dengan pandangan mata yang lembut dan penuh kasih sayang.. "Karena cintaku kepada ALLAH,maka aku mencintai makhluk-NYA, memperlakukan dengan hormat dan penuh kasih sayang terhadap isteriku, anak-anakku dan sesama lainnya.Aku mencintaimu karena cintaku kepada ALLAH " Sungguh lega rasanya ketika hati telah sepenuhnya diserahkan kepada ALLAH.. Sahabat, meyakini bahwa ALLAH lah satu- satunya yang berhak menentukan kepantasan itu,yang akan mempertemukan manusia yang satu dengan manusia yang lainnya di waktu yang tepat.. Tinggal lah kita mempersiapkan diri sebaik- baiknya.. maka tak ad...

Mungkinkah Dia Imamku?

Entah kenapa hatiku gelisah, berdebar kencang dari pagi tadi. Adakah kerana pembentangan hari ini? Mr West mahu aku ikut serta dalam RGM (Mesyuarat Bulanan General Manager) kali ini. Katanya agar aku pun turut mendapat kredit atas usaha keras kami selama ini.  Projek dua tahun ini mendapat perhatian CEO. Usai dhuha, aku menarik nafas panjang. Ku panjatkan doa pada Ilahi agar tenang hati ini.  Bilik Mesyuarat Pluto "Macam mana Umar?" , tanya Pengurus Operasi kami. Mataku alihkan kepada lelaki itu. Terpaku aku. Subhanallah. Sosok tubuhnya benar-benar mirip dengan bayang lelaki yang kulihat dalam istikharahku kelmarin. Pandangan mata kami bertemu. Senyum. Serentak itu, hatiku tenang, bagai semilir angin yang lalu. Allah Allah. "Mungkinkah dia imamku?"  Bisik hatiku penuh debar. 7 hari. "Diba, awak tolong jumpa Umar. Dapatkan pandangan dia tentang paten komunikasi pekerja indonesia di sini." " Erkk. . " Aku terkedu. Ya Allah, dekatkanl...

Kahwin Muda : Jangan Ingat Mudah!

Image
Sejak akhir-akhir ini ramai yang melangsungkan perkahwinan pada awal waktu, ketika masih belajar atau ketika umur masih muda.. Alhamdulillah.. Walaupun diri ini juga tergolong dalam golongan "kahwin awal" iaitu ketika tahun ke 2 di universiti, namun ada beberapa pesanan ringkas untuk renungan bersama, agar Sunnah yang amat dianjurkan oleh Rasulullah SAW ini tidak berakhir dengan Fitnah !! Sama ada kepada mereka yang "menyokong" kahwin awal atau sangat "menentang" kahwin awal, apa yang perlu difahami bahawa setiap individu mempunyai situasi/masalah yg berbeza-beza dan pelbagai; ada yg perlu kahwin awal, ada yang merasakan tidak perlu kahwin selagi belum habis belajar dan macam-macam lagi. Jangan mengharapkan orang lain sama fikiran dengan kita, walaupun rambut sama hitam, belum tentu hati dan perasaan itu mempunyai persamaan. Anjuran perkahwinan oleh Nabi SAW melalui sabda baginda: "Wahai sekalian pemuda-pemuda: Sesiapa di antara kamu yang ...

C.I.N.T.A Untuk Siapa?

"Cinta itu cahaya sanubari, kurniaan Tuhan untuk insani Rasa bahagia biarpun sengsara, berkorban segala-gala" Lirik lagu nasyid "Kerana Cinta" ini singgah sebentar di minda ini bila menulis tajuk ini. Seringkali perkataan ini bermain-main di fikiran dan seringkali juga ia menjadi tanda tanya orang-orang di sekelilingku bila cinta sejati akan menjemputku. Bukan tidak pernah diintai oleh sang kumbang, tetapi tanpa ikatan yang sah, aku tidak akan sekali-kali membenarkan sang kumbang itu menjemputku apalagi singgah untuk menjengukku. Hati ini pernah sekali tercuit dengan perasaan itu, tidak seperti selalu yang bermati-matian untuk aku mempertahankannya. Tetapi kali ini, aku rasa perasaan itu sudah semakin menebal.. Dalam fikiranku, adakah aku telah JATUH CINTA?? Tidak mungkin! Aku katakan pada diriku sendiri bahawa perasaan itu hanya kerana merasa kosong dan cemburu melihat kawan-kawan sekeliling yang sudah bahagia bersama pasangan masing-masing. Untuk m...

Untukmu Bidadari Syurga

Kehadapan awak-Bidadari Dari Syurga. Saudari, Saya berharap dengan hasil penulisan saya ini diberkati dan dipelihara oleh Allah S.W.T. Tujuan saya menulis surat ini kerana saya tidak tahu bagaimana lagi untuk menyampaikan isi hati ini terhadap awak.  Sedia maklum, awak bukan seperti wanita yang pernah saya temui. Awak ada hak mutlak keperibadian yang tinggi yang susah untuk di ganggu gugat oleh para lelaki di luar sana. Sebab itu saya seolah-olah tidak berani untuk mendekati awak. Saya tahu juga, awak bukan perempuan yang senang untuk diajak ber" couple ". Saya tahu juga, kasih sayang awak hanya untuk Allah S.W.T dan kedua ibu bapa awak. Saya lelaki kerdil, awak. Saya jauh beza jika dibandingkan dengan ilmu, amalan awak dan tahap keimanan awak terhadapNya. Saya malu untuk mengatakan apa yang terbuku kerna ia ibarat ada satu tembok penghalang yang memisahkan kita. Saya hargai tembok itu yang juga memisahkan kita untuk melakukan perkara-perkara yang tiada faedah, dan a...